READING, United Kingdom, 30 Mei (Bernama) -- Mavenir, penyedia infrastruktur rangkaian asli awan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dipilih sebagai rakan teknologi utama oleh Tampnet – peneraju global dalam kesalinghubungan luar pesisir berkapasiti tinggi, kependaman rendah serta perkhidmatan rangkaian. Selepas proses pemilihan yang ketat, penyedia kesalinghubungan luar pesisir yang berpangkalan di Norway itu telah memilih penyelesaian Teras Paket Tertumpu canggih daripada Mavenir untuk segera digunakan di seluruh rangkaian 4G/5G globalnya. Tampnet mengendalikan rangkaian komunikasi luar pesisir berkapasiti tinggi terbesar di dunia, merangkumi Laut Utara dan Teluk Amerika, serta menyediakan perkhidmatan kepada industri tenaga luar pesisir, maritim dan telekomunikasi.
Menandakan peralihan menyeluruh kepada Mavenir daripada penyedia teknologi teras sedia ada di Eropah dan Amerika, perkongsian strategik baharu ini membuka peluang transformatif bagi Tampnet untuk menawarkan perkhidmatan 5G asli awan yang inovatif kepada pelanggan mudah alihnya – termasuk jalur lebar mudah alih yang dipertingkatkan, komunikasi kependaman rendah ultra-boleh dipercayai (URLLC) serta komunikasi jenis mesin berskala besar (mMTC). Dengan memanfaatkan penggunaan kontena sepenuhnya untuk fleksibiliti optimum, penyelesaian Teras Paket Tertumpu canggih daripada Mavenir akan memastikan peralihan yang lancar merentas rangkaian 4G, 5G Non-Standalone (NSA) Tampnet serta pengenalan 5G Standalone (SA), sambil menempatkan penyedia perkhidmatan komunikasi global ini bagi keupayaan 6G pada masa hadapan.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial