JOHOR BAHRU, 2 Jun (Bernama) -- Sesi sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dijadualkan berlangsung sehari pada 22 Jun dibatalkan susulan pengumuman pembubaran DUN oleh Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi, semalam.
Speaker DUN Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan perkara itu ketika dihubungi hari ini.
“Batal,” katanya ringkas.
Pada 29 Mei, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor dilaporkan menerima notis rasmi bagi menghadiri persidangan itu.
Antara yang mengesahkan penerimaan notis itu ialah ADUN Bukit Kepong Datuk Dr Sahruddin Jamal, ADUN Johor Jaya Liow Cai Tung dan ADUN Sri Medan Datuk Zulkurnain Kamisan.
Semalam, Onn Hafiz mengumumkan pembubaran DUN Johor selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, sekali gus membuka laluan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial