KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) hari ini bersetuju melantik semula Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Setiausaha Agung manakala Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Bendahari Agung BN.
Zambry dalam kenyataan malam ini memaklumkan pelantikan itu, yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan, adalah berdasarkan Fasal 8.3 (D) dan Fasal 8.3 (E) Perlembagaan BN.
“Mesyuarat Agung Tahunan 2025 dengan penuh iltizam memperkukuhkan parti sebagai wadah politik inklusif dan memperteguh tekad untuk kekal bersatu di bawah payung Barisan Nasional.
“BN juga mengesahkan kesiapsiagaan penuh dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.
“Kestabilan politik Sabah adalah kunci memperkukuh keselamatan, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Negeri Di Bawah Bayu,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial