POLITIK > BERITA

PRN Sabah: BN Terbuka Jalin Kerjasama Dengan Mana-Mana Parti - Zambry

26/05/2025 05:32 PM

PUTRAJAYA, 26 Mei (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) terbuka untuk berbincang dan menjalin kerjasama politik dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

“BN terus mengadakan siri perbincangan dan saya ingin sahkan bahawa proses perbincangan kita telah pun dimulakan dan proses itu akan berterusan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Karisma Pemimpin Muda MADANI 2025 di sini hari ini.

Zambry berkata BN turut mengambil kira gabungan BN dan PH sendiri mempunyai komponen parti dari Sabah dan oleh itu memerlukan pendekatan menyeluruh bagi memastikan kestabilan dan kekuatan gabungan.

Semalam, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata rundingan awal antara BN dan PH bagi agihan kerusi telah dimulakan dan akan dimuktamadkan selepas pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2024/2025, pada Sabtu lepas menuntut supaya PKR diberikan sekurang-kurangnya 13 kerusi untuk bertanding pada PRN Sabah.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan