KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, seiring prestasi di pasaran tunai.
Pada penutupan dagangan, kontrak Jun 2026 dan Julai 2026 naik 20.5 mata masing-masing kepada 1,683.0 dan 1,684.5, manakala September 2026 meningkat 22 mata kepada 1,665.5 dan Disember 2026 menokok 19.5 mata kepada 1,666.5.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 11,867 lot berbanding 17,811 lot semalam manakala kepentingan terbuka susut kepada 40,544 kontrak daripada 47,378 sebelum ini.
Pada jam 5 petang, FBM KLCI melonjak 10.52 mata kepada 1,683.26 daripada 1,672.74 ketika ditutup pada Rabu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial