PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

21/05/2026 03:27 PM

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini berikutan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter produk perindustrian dan perkhidmatan, produk dan perkhidmatan pengguna serta perladangan.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 0.67 mata atau 0.04 peratus kepada 1,717.02 daripada 1,717.69 semasa ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran, yang dibuka tinggi 3.74 mata kepada 1,721.43, bergerak antara 1,715.77 dan 1,722.50 sepanjang sesi dagangan pagi.

Pasaran secara menyeluruh negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 516 berbanding 475 manakala 547 kaunter tidak berubah, 1,180 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.02 bilion unit bernilai RM1.76 bilion.

Menurut Hong Leong Investment Bank Bhd dalam nota penyelidikan hari ini, selaras dengan kenaikan Wall Street, FBM KLCI dijangka stabil, disokong oleh pengurangan hasil bon, harga minyak yang lebih rendah dan harapan terhadap geopolitik mereda.

“Bagaimanapun, sentimen kekal berhati-hati dalam kemuncak musim pelaporan pendapatan suku pertama 2026, isu politik dalam negara yang meningkat -- termasuk spekulasi pilihan raya negeri mengejut dan pilihan raya umum ke-16 -- selain aliran keluar asing baharu yang terus menjadi faktor mendorong sentimen penghindaran risiko.

“Walaupun terdapat turun naik jangka pendek, kami kekal optimis terhadap Malaysia, disokong oleh statusnya sebagai pengeksport bersih minyak, hubungan perdagangan yang kukuh, pendedahan terhadap kitaran peningkatan teknologi global dan dasar fiskal yang menyokong.

“Risiko penurunan dijangka dapat dikurangkan pada paras 1,700,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals menurun 11 sen kepada RM5.59, MR D.I.Y. merosot enam sen kepada RM1.64 dan Kuala Lumpur Kepong berkurangan 34 sen kepada RM20.32 manakala YTL Corporation meningkat lima sen kepada RM2.15 dan Public Bank naik tiga sen kepada RM4.80.

Bagi kaunter paling aktif, EI Power yang mula disenaraikan di Pasaran ACE meningkat tujuh sen kepada 55 sen, SkyeChip naik satu sen kepada RM2.22, Oppstar menambah 1.5 sen kepada 66.5 sen, MKH menokok 23 sen kepada RM1.89 dan Tanco naik dua sen kepada RM1.70.

Kaunter paling untung termasuklah Nestle meningkat RM1.24 kepada RM96.24, Malaysian Pacific Industries melonjak RM2.10 kepada RM46.30, UWC naik 44 sen kepada RM5.83, UMS Integration menambah 29 sen kepada RM8.42 dan Vitrox Corporation menokok 38 sen kepada RM6.60.

Dalam kalangan kaunter paling rugi, Fraser & Neave menurun 46 sen kepada RM28.76, Batu Kawan merosot 28 sen kepada RM20.60, Allianz Malaysia berkurangan 24 sen kepada RM21.34, Oriental menyusut 13 sen kepada RM7.09 dan Petronas Chemicals merosot 11 sen kepada RM5.59. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 9.23 mata kepada 12,726.73, Indeks FBM Top 100 meningkat 8.93 mata kepada 12,567.54, Indeks FBM ACE menokok 43.92 mata kepada 4,701.88, Indeks FBM Emas Shariah menambah 4.82 mata kepada 12,648.53 dan Indeks FBM Mid 70 naik 72.02 mata kepada 18,280.96. 

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 24.83 mata kepada 20,037.24 manakala Indeks Tenaga menurun 8.11 mata kepada 784.38, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.24 mata kepada 199.05 dan Indeks Perladangan berkurangan 31.36 mata kepada 8,629.31.

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan