KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini.
Pada penutupan, April 2026 dan Mei 2026 meningkat 7.0 mata setiap satu kepada 1,700.0 serta 1,701.0, Jun 2026 menokok 6.5 mata kepada 1,698.5 dan September 2026 naik 6.0 mata kepada 1,680.5.
Jumlah dagangan susut kepada 3,680 lot daripada 7,909 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 35,688 kontrak berbanding 40,034 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.80 mata atau 0.16 peratus kepada 1,695.50 daripada 1,698.30.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial