Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, mencerminkan sentimen berhati-hati dalam pasaran tunai pendasar.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata ketidaktentuan pasaran dijangka berterusan apabila pelabur terus memantau perkembangan geopolitik dan pergerakan harga minyak mentah.
“Dengan ketiadaan pemangkin yang jelas, dagangan berkemungkinan kekal selektif dengan keutamaan diberikan kepada sektor defensif dan yang berkaitan komoditi,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata paras sokongan segera dilihat sekitar 1,680 manakala paras rintangan berhampiran 1,730, ketika pasaran mengalami pengukuhan sambil menunggu hala tuju yang lebih jelas daripada petunjuk global.
Pada asas Jumaat kepada Jumaat, kontrak April 2026 dan September 2026 masing-masing susut 11.0 mata kepada 1,700.0 dan 1,680.5.
Kontrak Mei 2026 berada pada paras 1,701.0, manakala Jun 2026 susut 8.5 mata kepada 1,698.5.
Jumlah dagangan mingguan susut kepada 54,581 lot berbanding 168,213 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 35,688 kontrak pada Jumaat daripada 102,348 kontrak seminggu sebelumnya.
Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI susut 17.15 mata kepada 1,695.50 daripada 1,712.65 pada minggu sebelumnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial