KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, sejajar dengan pasaran serantau, selepas harga Brent crude melonjak melebihi US$115 setong seiring ketegangan berterusan antara AS, Israel dan Iran.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 42.12 mata, atau 2.45 peratus, kepada 1,675.94 berbanding paras 1,718.06 ketika ditutup pada Jumaat.
Indeks penanda aras itu dibuka 18.93 mata lebih rendah pada 1,699.13 dan bergerak antara 1,664.07 dan 1,702.77 sepanjang sesi pagi.
Sentimen keseluruhan pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 1,065 berbanding 244, sementara 216 kaunter tidak berubah, 1,107 tidak diniagakan dan 33 digantung. Jumlah dagangan sebanyak 2.57 bilion unit bernilai RM2.14 bilion.
Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura turun 2.66 peratus kepada 4,718.66 mata, Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 2.37 peratus kepada 25,147.80, Indeks Nikkei 225 Jepun turun 6.67 peratus kepada 51,915.49, dan Indeks KOSPI Korea Selatan susut 7.68 peratus kepada 5,155.91.
Malacca Securities Sdn Bhd berkata meskipun ketegangan di Timur Tengah menunjukkan sedikit tanda mereda, sentimen pasaran dijangka kekal tidak stabil, namun sektor tenaga dan kimia berpotensi terus mendapat manfaat daripada situasi semasa.
Sementara itu, susulan prestasi cemerlang suku kedua Gamuda Bhd, disokong nilai perolehan kontrak berjumlah RM44 bilion dan jualan hartanah belum dibayar RM8 bilion, firma itu menjangkakan harga saham berpotensi pulih dalam tempoh terdekat.
Syarikat seperti Malayan Cement Bhd, Econpile Holdings Bhd, dan Engtex Group Bhd mungkin turut mendapat manfaat daripada projek besar Gamuda, katanya.
Setakat ini, harga Brent mencatat US$115.40 setong.
Malacca Securities turut menyatakan saham Duopharma Biotech Bhd berpotensi mencatat lonjakan selepas keputusan tahun kewangan 2025 yang kukuh dan memperoleh kontrak kerajaan bernilai RM665.8 juta.
Antara saham wajaran tinggi, Maybank turun 44 sen kepada RM11.32, Public Bank susut 16 sen kepada RM4.71, CIMB merosot 26 sen kepada RM7.71, Tenaga Nasional susut 42 sen kepada RM13.78, manakala IHH Healthcare turun 43 sen kepada RM8.47.
Di senarai paling aktif, Velesto meningkat satu sen kepada 34 sen, Bumi Armada naik 2.5 sen kepada 37.5 sen, Handal Energy naik setengah sen kepada 5.0 sen, Capital A susut 4.5 sen kepada 38.5 sen, AirAsia X merosot 21 sen kepada RM1.07, manakala Ta Win kekal pada 1.5 sen.
Antara kaunter paling untung, United Plantation meningkat RM1.04 kepada RM31.32; Hengyuan Refining naik 37 sen kepada RM2.06; Hibiscus Petroleum meningkat 36 sen kepada RM2.41; Kuala Lumpur Kepong naik 36 sen kepada RM19.72; dan Petronas Chemicals meningkat 32 sen kepada RM4.61.
Saham rugi utama termasuk Nestle susut RM5.00 kepada RM100.80; Malaysian Pacific Industries turun RM1.10 kepada RM29.00; Dutch Lady Milk Industries merosot RM1.04 kepada RM30.96; Hong Leong Industries turun 98 sen kepada RM16.20; dan Fraser & Neave susut 92 sen kepada RM32.00.
Indeks FBMT100 merosot 299.53 mata kepada 12,067.88, Indeks FBM Emas susut 298.24 mata kepada 12,229.12, dan Indeks FBM70 turun 397.87 mata kepada 16,705.46.
Sementara itu, Indeks FBM Emas Shariah menurun 245.79 mata kepada 11,961.01, manakala Indeks FBM ACE turun 202.75 mata kepada 4,197.28.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 594.37 mata kepada 20,193.68, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 3.89 mata kepada 174.40, manakala Indeks Perladangan meningkat 227.96 mata kepada 8,476.40, dan Indeks Tenaga naik 28.95 mata kepada 824.22.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial