PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjejaki Keuntungan Di Comex AS

20/02/2026 09:53 PM

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada hari Jumaat selepas ia menjejaki keuntungan dalam niaga hadapan emas Comex AS.

Pada penutupan, kontrak bulan semerta Februari 2026 meningkat kepada US$5,046.30 setiap auns troy daripada US$5,011.90 setiap auns troy yang dicatatkan semalam.

Mac menokok kepada US$5,063.30 setiap auns troy berbanding US$5,028.90 setiap auns troy, manakala April dan Mei naik kepada US$5,081.10 setiap auns troy daripada US$5,046.60 setiap auns troy.

Kontrak Jun dan Ogos juga adalah lebih tinggi, ditutup pada US$5,115.0 setiap auns troy dairpada US$5,080.50.

Jumlah dagangan melonjak kepada 10 lot berbanding enam lot yang disaksikan pada Khamis, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 98 kontrak daripada 83 kontrak sebelumnya. 

Pada penetapan tengah hari 19 Feb 2026 di London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$5,004.80 setiap auns troy. 

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan