PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Rendah Setakat Tengah Hari

13/10/2025 04:48 PM

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Isnin dengan lebih rendah susulan aktiviti jualan ketara, terutamanya sektor kewangan, pengangkutan dan telekomunikasi  selain kesan prestasi Wall Street yang suram.

Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.96 mata atau 0.43 peratus kepada 1,615.29 daripada paras 1,622.25, Jumaat lepas.

Indeks petunjuk utama dibuka susut 20.50 mata kepada 1,601.75 dan bergerak dalam julat 1601.75 hingga 1,617.40 sepanjang sesi itu.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 878 berbanding 237 manakala 385 lain tidak berubah, sebanyak 1,160 tidak diniagakan dan 35 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 2.12 bilion unit bernilai RM1.43 bilion.

Dalam nota penyelidikannya, Malacca Securities Sdn Bhd berkata susulan prestasi negatif Wall Street pada Jumaat lepas, FBM KLCI sememangnya lebih terdedah kepada asakan tekanan jualan.

“Bagaimanapun, ini akan disusuli dengan aktiviti memburu saham-saham berharga rendah ketika pelabur mula meneliti data-data Belanjawan 2026 yang dilihat sebagai positif.

“Sehubungan itu, penerima manfaatnya adalah sektor berkaitan belanjawan itu seperti teknologi, utiliti dan tenaga boleh baharu,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank turun 2.0 sen kepada RM9.93, Public Bank susut 5.0 sen kepada RM4.25, CIMB rendah 8.0 sen kepada RM7.42, IHH Healthcare berkurangan 1.0 sen kepada  RM7.98 manakala Tenaga Nasional menokok 8.0 sen kepada RM13.30.

Bagi saham-saham aktif, Top Glove naik 1.0 sen kepada 68.5 sen, Zetrix AI menambah 2.5 sen kepada 83.5 sen, Land & General meraih setengah sen kepada 18 sen, Pharmaniaga turun setengah sen kepada 28 sen manakala Tanco Holdings tidak berubah pada 84.5 sen.

Kaunter paling untung didahului oleh Nestle yang melonjak 84 sen kepada RM98.40, KSL Holdings naik 11 sen kepada RM2.81, Press Metal Aluminium menambah 8.0 sen kepada RM6.19, Imaspro Corp meraih 7.5 sen kepada 83.5 sen dan 99 Speed Mart meningkat 7.0 sen kepada RM2.95.

Selain itu, kaunter paling rugi termasuk Malaysia Pacific turun 80 sen kepada RM29.92, Heineken merosot 36 sen kepada RM20.44, UMS Integration susut 27 sen kepada RM4.58, Hong Leong Industries berkurangan 24 sen kepada RM13.84 manakala Carlsberg rugi 20 sen kepada RM16.46.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas merosot 70.75 mata kepada 12,060.56, Indeks FBMT 100 susut sebanyak 67.96 mata kepada 11,785.92, Indeks FBM Emas Shariah turun 61.73 mata kepada 12,137.24, Indeks FBM 70 berkurangan 172.77 mata kepada 17,004.75 dan Indeks FBM ACE berkurangan 93.90 mata kepada 5,024.86.

Bagi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 13.29 mata kepada 18,252.15, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.95 mata kepada 173.91, Indeks Tenaga susut 7.75 mata kepada 991.25 dan Indeks Perladangan menguncup 39.45 mata kepada 7,851.50.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan