PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

11/10/2025 11:03 AM

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan berikutan pelabur menunggu pengumuman data ekonomi global utama.

Antara data ekonomi utama yang menjadi tumpuan adalah Pengeluaran Perindustrian Jepun bagi Ogos, data Pengeluaran Perindustrian dan Pembuatan Amerika Syarikat (AS) bagi September, Indeks Harga Pengguna China bagi September serta laporan imbangan perdagangan dari AS, zon euro dan China.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks petunjuk pasaran itu dijangka mengukuh antara 1,620 hingga 1,640.

“Bagi minggu yang baru berakhir, indeks barometer kekal kukuh pada paras 1,620. Ini adalah paras sokongan penting bagi pasaran tempatan, memperlihatkan keyakinan pelabur yang semakin baik dan membantu mengimbangi penyusutan pada awal minggu,” katanya kepada Bernama.

Bagi asas mingguan, kontrak Oktober 2025 susut 19.5 mata kepada 1,612.0, November 2025 rendah 18.5 mata kepada 1,612.50, Disember 2025 menyusut 17.5 mata kepada 1,611.0 dan Mac 2026 rendah 16 mata kepada 1,593.0.

Jumlah dagangan bagi minggu ini berkurangan kepada 29,381 lot daripada 52,286 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 50,119 kontrak daripada 48,165 kontrak sebelumnya.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI rendah 12.81 mata kepada 1,622.25 daripada 1,635.06 minggu lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan