PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

11/10/2025 10:18 AM

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan, dengan pasaran berada dalam julat antara 1,620 dan 1,640, kata penganalisis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI terus mencatatkan daya tahan, kekal kukuh melebihi paras 1,620 yang kini menjadi paras sokongan segera.

Beliau menekankan kepentingan untuk mengekalkan paras tersebut kerana ia mencerminkan keyakinan pelabur yang berterusan dan keupayaan pasaran untuk menerima aktiviti pengambilan untung baru-baru ini tanpa impak yang ketara.

“Kami melihat fasa ini sebagai baik, membolehkan indeks membina momentum untuk potensi meningkat kepada paras halangan seterusnya pada sesi dagangan akan datang.

“Sekiranya indeks kekal melebihi paras 1,620, unjuran keseluruhan kekal positif, menunjukkan pasaran sedang membentuk asas yang lebih kukuh secara berperingkat untuk pergerakan menaik seterusnya,” katanya kepada Bernama.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI merosot 12.81 mata kepada 1,622.25 daripada 1,635.06 minggu lepas.

Indeks FBM Emas berkurangan 50.36 mata kepada 12,198.97, Indeks FBMT 100 jatuh 55.08 mata kepada 11,853.88 dan Indeks FBM ACE menurun 48.36 mata kepada 5,298.76.

Bagaimanapun, Indeks FBM 70 meningkat 87.32 mata kepada 17,177.52 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 5.24 mata kepada 12,198.97.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan melonjak 94.31 mata kepada 7,890.95, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.51 mata kepada 174.86, Indeks Tenaga meningkat 11.34 mata kepada 799.00 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 218.96 mata kepada 18,383.44.

Jumlah dagangan mingguan naik kepada 18.81 bilion unit bernilai RM14.76 bilion daripada 18.04 bilion unit bernilai RM14.55 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 10.06 bilion unit bernilai RM12.91 bilion daripada 10.07 bilion unit bernilai RM12.85 bilion sebelum ini.

Jumlah dagangan waran melonjak kepada 6.07 bilion unit bernilai RM810.65 juta daripada 4.70 bilion unit bernilai RM694.53 juta pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 2.68 bilion unit bernilai RM1.04 bilion daripada 3.25 bilion unit bernilai RM998.20 juta sebelum ini.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan