KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak Julai 2025 dan Ogos 2025 susut 5.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,531.5 dan 1,528.5, kontrak September 2025 turun 6.0 mata kepada 1,509.5, dan kontrak Disember 2025 berkurangan 4.5 mata kepada 1,511.5.
Jumlah dagangan melonjak kepada 12,877 lot daripada 4,013 pada Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 48,755 kontrak daripada 39,381 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI berkurangan 6.56 mata, atau 0.43 peratus, untuk ditutup kepada 1,533.76 daripada paras penutup 1,540.32 sebelumnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial