KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) – Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan momentum lebih kukuh dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.
Pada penutup, kontrak semerta bulan Julai 2025 meningkatkan kepada US$3,395.90 setiap auns troy daripada US$3,374.30 setiap auns troy pada Isnin.
Kontrak Ogos 2025 menokok kepada US$3,414.20 daripada US$3,392.60, manakala kontrak September 2025 menambah kepada US$3,420.10 daripada US$3,398.50.
Kontrak Oktober 2025, Disember 2025 dan Februari 2026 juga ditutup lebih tinggi pada US$3,449.30 daripada US$3,427.70 sebelumnya.
Jumlah dagangan melonjak kepada 52 lot daripada empat lot, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 28 kontrak daripada 56.
Harga emas fizikal berada pada US$3,386.20 setiap auns troy, berdasarkan penetapan London Bullion Market Association pada tengah hari 21 Julai, 2025.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial