PASARAN > BERITA

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

10/07/2025 06:27 PM

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, menurut seorang peniaga.

Niaga hadapan getah Jepun meningkat untuk sesi ketiga berturut -turut hari ini. 

Peniaga itu berkata sentimen pasaran juga dipacu oleh kebimbangan mengenai bekalan bahan mentah yang sedang berkurangan di negara-negara pengeluar getah asli disebabkan oleh hujan.

"Agensi meteorologi Thailand memberi amaran tentang hujan lebat dan pengumpulan yang boleh menyebabkan banjir kilat dan limpahan mulai 10 hingga 13 Julai," katanya kepada Bernama. 

Bagaimanapun, katanya, keuntungan lebih lanjut telah dihadkan oleh kenaikan pengeluaran getah asli seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

DOSM melaporkan bahawa pengeluaran getah asli Malaysia untuk Mei 2025 meningkat sebanyak 24.9 peratus pada 22.494 tan daripada 18.008 tan yang disaksikan semasa April lepas.

"Bagaimanapun, perbandingan dari tahun ke tahun menunjukkan bahawa pengeluaran getah asli menurun sebanyak 12.2 peratus," katanya. 

 Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR 20 menokok sebanyak 13.0 sen kepada 721.00 sen sekilogram, manakala lateks pukal jatuh sebanyak 0.5 sen kepada 564.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan