Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini selepas dipacu oleh kelemahan dalam dolar US di tengah-tengah ketegangan perdagangan global yang berterusan.
Seorang peniaga memberitahu Bernama, dolar US jatuh berikutan pengumuman kerajaan Amerika Syarikat mengenai tarif 50 peratus ke atas tembaga yang akan bermula 1 Ogos depan.
Katanya, perkembangan terkini itu telah mendorong permintaan untuk aset selamat selepas pelabur mencari perlindungan daripada jangkaan turun naik di pasaran global.
Kontrak bulan semerta Julai 2025 meningkat kepada US$3,338.20 satu auns troy daripada US$3,299.40 yang dicatatkan pada Rabu, Ogos 2025 menokok kepada US$3,353.60 satu auns troy daripada US$3,314.80 dan September 2025 adalah lebih baik kepada US$3,368.50 satu auns troy berbanding US$3,329.70 yang dicatatkan semalam.
Oktober 2025, Disember 2025 dan Februari 2026 masing-masing melonjak kepada US$3,387.50 satu auns troy daripada US$3,348.50 yang disaksikan pada Rabu.
Jumlah dagangan jatuh kepada 17 lot daripada 42 lot, manakala kepentingan terbuka menurun kepada 59 kontrak daripada 68 kontrak.
Emas fizikal berharga US$3,300.15 satu auns troy, berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 9 Julai 2025.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial