PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Unjuran Eksport Positif

08/07/2025 09:37 PM

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) pada Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini selepas disokong oleh jangkaan eksport yang lebih kukuh dalam minggu-minggu akan datang.

Pedagang minyak sawit David Ng berkata pasaran disokong oleh keyakinan bahawa permintaan yang mantap dari India akan berterusan, menyokong prestasi eksport dalam jangka masa terdekat.

"India adalah salah satu pengimport terbesar minyak sawit Malaysia, apabila ia meningkatkan pembelian, ini bermakna angka eksport Malaysia akan melonjak dan menyokong harga," katanya kepada Bernama. 

Unjuran bahawa pertumbuhan pengeluaran yang lebih perlahan daripada yang dijangkakan turut memacu sentimen positif di pasaran.

"Kami melihat sokongan pada RM4,080 satu tan dan rintangan pada RM4,200," katanya. 

 Pada penutup, kontrak Julai menokok RM47 kepada RM4,057 satu tan, Ogos 2025 memperoleh RM69 kepada RM4,131 satu tan dan September 2025 menambah RM77 kepada RM4,148 satu tan.

Oktober 2025 naik sebanyak RM76 kepada RM4,149 satu tan, November 2025 adalah lebih baik sebanyak RM73 kepada RM4,143 satu tan dan Disember 2025 melonjak RM68 kepada RM4,143 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 103,674 lot berbanding 52,221 lot yang disaksikan pada Isnin, manakala kepentingan terbuka mencatatkan kenaikan kepada 229,490 kontrak daripada 228,491 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal untuk Julai Selatan bertambah sebanyak RM70 kepada RM4,140 satu tan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan