PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

25/06/2025 10:25 PM

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini apabila ketegangan geopolitik yang mereda di Timur Tengah telah menghadkan kenaikan, kata rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.

Beliau berkata gencatan senjata antara Israel dan Iran telah menjejaskan permintaan terhadap emas.

“Pelabur kini menumpukan perhatian mereka kepada penunjuk makroekonomi, khususnya data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan datang dan tinjauan dasar Rizab Persekutuan AS, yang boleh menentukan haala tuju seterusnya,” katanya kepada Bernama.

Kontrak bulan semerta Jun 2025 meningkat kepada US$3,325.30 setiap auns troy daripada US$3,323.4 setiap auns troy pada Selasa, manakala Julai 2025 menyusut kepada US$3,328.20 setiap auns troy daripada US$3,336.3 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Ogos, September dan Oktober 2025 semuanya meningkat sedikit kepada US$3,354.20 setiap auns troy daripada US$3,352.3 setiap auns troy.

Jumlah dagangan merosot kepada 34 lot berbanding 88 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka turun kepada 71 kontrak daripada 112 kontrak sebelumnya.

Menurut penetapan London Bullion Market Association pada 24 Jun, emas fizikal berharga US$3,302.50 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan