PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

28/05/2025 09:55 PM

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, disokong oleh prestasi eksport yang kukuh.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata, harga minyak soya yang kukuh turut menyumbang kepada pergerakan menaik dalam harga MSM.

“Kami mengesan paras sokongan pada RM3,800 satu tan dan paras rintangan pada RM4,000 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan kontrak bulan semerta Jun 2025 meningkat RM32 kepada RM3,899 satu tan, Julai 2025 meningkat RM33 kepada RM3,908 satu tan dan Ogos 2025 naik RM31 kepada RM3,899 satu tan.

 Kontrak September 2025 menokok RM28 kepada RM3,890 satu tan, Oktober 2025 naik RM24 kepada RM3,889 satu tan, dan November 2025 meningkat RM27 kepada RM3,893 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 68,326 lot daripada 49,593 semalam, manakala kepentingan terbuka turun sedikit kepada 242,428 kontrak daripada 243,185 kontrak sebelum itu.

Harga MSM fizikal bagi Jun Selatan meningkat sebanyak RM20 kepada RM3,920 satu tan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan