DUNIA

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

30/06/2026 01:58 PM

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, disokong oleh minat belian yang berterusan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor kewangan, utiliti serta produk perindustrian dan perkhidmatan.

Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.54 mata kepada 1,667.45 daripada 1,665.91 semasa ditutup pada Isnin.

Indeks dibuka tinggi 1.37 mata kepada 1,667.28 dan berada antara paras terendah harian pada 1,661.80 dan paras tertinggi pada 1,669.88 sepanjang sesi dagangan.

Pasaran secara menyeluruh kekal negatif dengan 422 kaunter rugi mengatasi 406 kaunter untung manakala 513 kaunter tidak berubah, 1,349 tidak diniagakan dan 79 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.42 bilion unit bernilai RM938.23 juta.

Menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB), FBM KLCI dijangka kekal tidak menentu dalam tempoh terdekat, dengan sentimen pasaran bergantung pada hasil rundingan gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran hari ini selepas beberapa hari serangan balas antara kedua-dua pihak.

Pada peringkat domestik, HLIB memaklumkan sentimen dijangka kekal lemah berikutan tiada pemangkin baharu pasaran, aliran keluar dana asing yang berterusan dan ketidaktentuan politik yang meningkat susulan spekulasi berterusan mengenai Pilihan Raya Umum ke-16.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat enam sen kepada RM10.86, Tenaga Nasional menambah empat sen kepada RM14.30 manakala Public Bank dan CIMB, masing-masing mendatar pada RM4.79 dan RM7.45 serta IHH menurun tiga sen kepada RM8.37.

Bagi kaunter aktif, Zetrix AI menokok satu sen kepada 77 sen, Dagang NeXchange dan Velesto, masing-masing menurun setengah sen kepada 41.5 sen dan 26.5 sen, Liftech merosot 3.5 sen kepada 25.5 sen dan Tanco meningkat setengah sen kepada 15 sen.

Kaunter paling untung ialah Malaysian Pacific Industries naik 72 sen kepada RM49.82, Apollo melonjak 27 sen kepada RM6.12, Chin Teck menambah 20 sen kepada RM11.10, Vitrox meningkat 22 sen kepada RM7.75 dan United Plantations menokok 30 sen kepada RM32.96.

Kaunter paling rugi ialah Batu Kawan menurun 82 sen kepada RM20.62, F&N berkurangan 22 sen kepada RM27.64, Allianz merosot 30 sen kepada RM21.00, Dynafront menyusut 20 sen kepada 80 sen dan Press Metal menurun 16 sen kepada RM7.62.

Indeks FBM Emas meningkat 13.29 mata kepada 12,393.20, Indeks FBM Top 100 menambah 15.44 mata kepada 12,228.53 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 12.66 mata kepada 12,265.18.

Indeks FBM Mid 70 meningkat 40.18 mata kepada 17,888.90 dan Indeks FBM ACE menambah 17.16 mata kepada 4,806.45.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 17.28 mata kepada 19,690.31, Indeks Tenaga menurun 0.05 mata kepada 747.55, Indeks Perladangan berkurangan 1.58 mata kepada 8,824.06 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menyusut 1.08 mata kepada 180.29.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan