AM

Kerja Baik Pulih Di Laluan Jambatan Bailey Machang Dijangka Siap September Ini - JKR

29/06/2026 04:36 PM

KOTA BHARU, 29 Jun (Bernama) -- Kerja-kerja membaik pulih dan menggantikan pembetung kekotak di laluan FT008 Gua Musang–Kota Bharu (berhampiran Jambatan Bailey, Machang) berjalan mengikut jadual dan dijangka siap pada 7 Sept ini.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan Nik Badlihisham Nik Ismail berkata kemajuan pelaksanaan projek secara keseluruhannya telah siap 30.1 peratus.

"Kerja-kerja semasa juga tertumpu pada kerja pengorekan yang telah mencapai 90 peratus, diikuti dengan kerja pemasangan acuan yang mencapai 30 peratus.

"Kerja pemasangan tetulang turut dimulakan dan kini telah mencapai 10 peratus," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada 8 Jun lepas, laluan FT008 Gua Musang–Kota Bharu sepanjang 2.3 kilometer ditutup sepenuhnya melibatkan kedua-dua arah bagi membolehkan kerja-kerja membaik pulih dan mengantikan pembetung di kawasan terlibat dapat dijalankan.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan