DUNIA

Gempa Bumi Kuat Bermagnitud 6.6 Gegar Sarangani, Filipina

26/06/2026 09:00 PM

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter menggegar perbandaran Sarangani di Wilayah Davao Occidental, Filipina pada 7.34 malam Jumaat (26 Jun), menurut Agensi Berita Filipina (PNA) menerusi laman Facebook miliknya.

PNA yang memetik Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) melaporkan bahawa pusat gempa dikesan di kedudukan 90 kilometer (km) barat daya Pulau Balut pada kedalaman 10 km.

"Gegar penghujung dijangka berlaku namun Phivolcs memaklumkan bahawa tiada ancaman tsunami akibat gempa bumi berkenaan," menurut hantaran PNA itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan