KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 melanda wilayah Mindanao, Filipina pada 2.57 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa itu berlaku pada kedalaman 24 kilometer (km) dengan pusat gempa dikesan 98 km dari tenggara Koronadal City.
Menurut MetMalaysia, penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Pada 8 Jun lepas, gempa bumi kuat bermagnitud 7.8 melanda Mindanao, mengorbankan sekurang-kurangnya 61 nyawa dengan lebih 346,000 penduduk terjejas akibat bencana itu.
Beberapa gempa susulan dilaporkan turut dikesan selepas itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial