| BERITA TERGEMPAR | 2026 National Day celebrations to be held at Putrajaya Square on a modest scale - Fahmi | |
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) membatalkan perintah penyitaan yang sebelum ini dikeluarkan di bawah Seksyen 50(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Perintah itu melibatkan semua akaun bank anak syarikat Rohas Tecnic Bhd (Rohas Tecnic), HG Power Transmission Sdn Bhd (HGPT).
Menurut pembuat menara penghantaran kuasa dan telekomunikasi itu, perintah pembatalan tersebut turut melibatkan akaun bank peribadi pegawai semasa dan bekas pegawai HGPT.
“Sehubungan itu, semua akaun bank yang sebelum ini tertakluk kepada perintah penyitaan telah dilepaskan dan HGPT bebas untuk menyambung semula operasi biasa kemudahan perbankan dan aktiviti perniagaannya," kata Rohas Tecnic dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Terdahulu, pada 17 Oktober 2025 Rohas Tecnic mengumumkan bahawa syarikat dan anak syarikat HGPT serta Rohas-Euco Industries Bhd (REI) masing-masing menerima perintah pembekuan dan penyitaan daripada SPRM mengikut Seksyen 44(1) dan Seksyen 50(1) AMLA melibatkan akaun bank tertentu yang dipegang oleh mereka.
Pada 26 November 2025, kedua-dua Rohas Tecnic dan HGPT menerima perintah pembatalan yang dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya di bawah Seksyen 50(1) AMLA.
Ini berlaku sehari selepas REI menerima perintah pembatalan yang dikeluarkan oleh SPRM mengikut Seksyen 44A AMLA.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial