SUNGAI PETANI, 25 Jun (Bernama) -- Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan meninggal dunia hari ini selepas didakwa terjatuh sewaktu makan di rumah pengasuhnya di Bedong pada 22 Jun lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata bayi berkenaan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 10.42 pagi tadi.
“Dalam kejadian pada 22 Jun lepas, bapa mangsa menerima panggilan telefon pada 2.15 petang daripada pengasuh memaklumkan anaknya terjatuh daripada kerusi semasa disuapkan makan.
“Pengasuh turut memaklumkan bayi itu dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Beliau berkata susulan itu polis menahan seorang wanita berusia 30-an bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial