AM

KSN Arah Semua KSU Kementerian Beri Tumpuan Kepada 40,000 Projek Skala Kecil

25/06/2026 06:51 PM

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Semua Ketua Setiausaha (KSU) setiap kementerian diarahkan untuk memberikan tumpuan kepada lebih 40,000 projek berskala kecil yang telah dikenal pasti, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Shamsul Azri berkata semua KSU juga diarahkan untuk turun padang bagi memantau rapat dan menyelesaikan sebarang isu di lapangan.

"Semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negara (JTPN) tengah hari tadi, keputusan yang dicapai ialah penyegeraan pelaksanaan projek dan program kecil yang bersifat low hanging fruits.

"Kebanyakan projek ini sangat dekat di hati rakyat,” katanya.

Beliau berkata projek berkenaan merangkumi pembaikan jalan, penyelenggaraan longkang, baik pulih kuarters, bilik-bilik darjah di sekolah, fasiliti kesihatan serta naik taraf gerai dan pasar awam yang boleh disiapkan dalam tempoh tiga hingga enam bulan sahaja.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan