BEIRUT, 23 Jun (Bernama-dpa) -- Seorang maut akibat kecederaan yang dialami dalam insiden rempuhan melibatkan peminat bola sepak di Amman susulan kekalahan 2-1 pasukan kebangsaan Jordan kepada Algeria dalam Piala Dunia FIFA 2026, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kementerian Dalam Negeri Jordan memaklumkan bahawa sembilan individu dimasukkan ke hospital selepas menyaksikan perlawanan berkenaan menerusi skrin besar di dataran awam di ibu negara itu.
Seorang daripada mangsa meninggal dunia tidak lama kemudian. Mangsa yang lain telah menerima rawatan dan berada dalam keadaan stabil, tambah kementerian itu.
Ribuan rakyat Jordan berhimpun di Hashemite Plaza di pusat bandar Amman pada awal pagi Selasa untuk menyaksikan perlawanan bola sepak itu. Jordan yang membuat penampilan sulung di Piala Dunia berdepan Algeria dalam aksi Kumpulan J di San Francisco.
-- BERNAMA-dpa
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial