SUKAN

Boling Padang: Kuartet Wanita Lakar Sejarah, Rangkul Gelaran Pertama Terbuka Australia

18/06/2026 10:42 PM

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Skuad boling padang negara melakar sejarah apabila merangkul gelaran pertama dalam acara fours wanita pada Kejohanan Terbuka Australia di Gold Coast, hari ini.

Kuartet Malaysia dibarisi dua bekas juara dunia, Aleena Ahmad Nawawi dan Emma Firyana Saroji, bersama-sama Nurul Alyani Jamil serta Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman menewaskan pasukan Victoria 19-13 untuk merangkul kejuaraan pada perlawanan akhir edisi 2026 yang berlangsung di Broadbeach Bowls Club.

Emma Firyana berkata beliau amat berbangga dengan rakan sepasukannya atas kejayaan itu.

“Meskipun berdepan pelbagai cabaran, kami mempamerkan prestasi cemerlang serta aksi yang hebat hari ini. Saya amat bersyukur atas kejayaan ini,” katanya menerusi saluran YouTube Bowls Australia.

Kejayaan hari ini menyaksikan Malaysia meraih gelaran pertama pada Terbuka Australia sejak 2007, apabila Siti Zalina Ahmad muncul juara acara singles wanita.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan