KUANTAN, 16 Jun (Bernama) -- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Maal Hijrah 1448H kepada umat Islam di negeri ini.
Menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, baginda berdua berharap tahun baharu membawa keberkatan, keamanan dan kebahagiaan buat semua rakyat.
Selain itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran Facebook turut berharap tahun baharu ini menjadi titik permulaan untuk umat Islam memperbaharui azam, memperkukuh keimanan serta memperbanyak amal kebajikan demi meraih keredaan Allah SWT.
“Marilah kita bersama-sama menghayati semangat hijrah Rasulullah SAW dengan melakukan perubahan ke arah yang lebih baik, memperkukuh perpaduan, menyemai nilai integriti dan meningkatkan iltizam dalam memajukan negeri serta menyejahterakan rakyat.
“Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat, keberkatan dan perlindungan-Nya kepada kita semua, serta mengurniakan kekuatan untuk terus istiqamah dalam setiap usaha dan pengorbanan,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial