DUNIA

Penjaga Gol Jerman Neuer Terkenang 'Walkman', Sukar Fahami Slanga Moden

14/06/2026 08:30 PM

HOUSTON, 14 Jun (Bernama-dpa) -- Penjaga gol Jerman Manuel Neuer, menyedari dirinya telah berusia selepas pemain berumur 40 tahun itu mengakui dahulu beliau memiliki pemain kaset mudah alih atau “walkman” dan rakan sepasukannya yang lebih muda bercakap dalam slanga berbeza.

Pemenang Piala Dunia 2014 itu keluar daripada persaraan antarabangsa untuk edisi tahun ini dan merupakan antara pemain tertua di Amerika Utara.

Kegilaan pada era 1980-an untuk memutarkan kaset dalam pemain mudah alih telah lama diganti dengan cara digital namun Neuer memberitahu menerusi video Persekutuan Bola Sepak Jerman, bahawa beliau pernah memiliki alat itu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

“Saya perlu berterus terang dan katanya bahawa saya pernah memiliki ‘walkman’. ‘Discman’ (pemain cakera padat (CD)) ketika itu mahal,” kata Neuer kepada rakan penjaga gol Oliver Baumann, yang berkata beliau mempunyai pemain CD mudah alih itu.

Baumann, 36, akan digantikan oleh Neuer sebagai penjaga gol Jerman di Piala Dunia, walaupun telah memainkan peranan penting dalam kempen kelayakan mereka.

Namun kedua-dua mereka bergaul mesra dan membincangkan bagaimana pemain muda seperti Jamal Musiala dan Florian Wirtz bercakap bahasa Jerman yang kadangkala tidak mereka fahami.

“Saya fikir jika kita semua bergerak ke arah yang sama, tidak mengapa untuk kita jika bahasanya mungkin sedikit berbeza," kata Neuer.

Satu perkembangan moden dalam kehidupan kapten Bayern Munich itu ialah pemakanannya.

"Saya makan makanan tanpa gluten dan juga bebas laktosa. Saya tidak mempunyai alahan atau intoleransi atau apa-apa. Saya hanya tahu bahawa saya kembali cergas lebih cepat dan kemudian boleh memulakan sesi latihan seterusnya dengan cara yang positif. Saya mempunyai pengalaman yang sangat baik dengan diet itu sejak 2017," katanya.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan