AM

Presiden Timor-Leste Ramos-Horta Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Khas

13/06/2026 12:34 PM

SEPANG, 13 Jun (Bernama) -- Presiden Timor-Leste Jose Ramos-Horta tiba di Malaysia hari ini untuk mengadakan lawatan khas selama lima hari.

Ramos-Horta dan delegasinya tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 11.12 pagi, dan kemudian menerima kawalan kehormatan oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja, yang diketuai Kapten Luqman Hakim Abd Khar di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

Ketibaan Ramos-Horta disambut oleh Ketua Protokol Wisma Putra Ikram Mohd Ibrahim, serta Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan, Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa Datuk Rozainor Ramli.

Pada Isnin, Ramos-Horta dijadual menghadiri sesi dialog bertajuk “Dunia Berubah, Nilai Tetap Utuh”, di Universiti Taylor. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut menjadi hos majlis makan tengah hari untuk meraikan Presiden Timor-Leste itu, di Kompleks Seri Perdana pada Selasa. 

Ramos-Horta seterusnya akan menghadiri majlis pelancaran buku dan menyampaikan syarahan ulung pada acara anjuran Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR).

Beliau dijadualkan berlepas pulang ke Dili pada 17 Jun.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan