EKONOMI

Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak RM539.3 Juta Untuk Pembangunan Di Bukit Tunku

15/06/2026 01:58 PM

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM539.32 juta daripada BRDB Developments Sdn Bhd untuk melaksanakan projek pembangunan di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Kumpulan pembinaan dan pembangunan hartanah itu memaklumkan bahawa anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd akan melaksanakan cadangan pembangunan lapan blok kediaman vila, terdiri daripada 146 unit bersama-sama dengan dua blok tempat letak kereta dan dua tingkat tempat letak kereta bawah tanah yang menampilkan kemudahan bersama dan sebuah clubhouse.

Kontrak itu akan bermula pada 15 Jun, 2026 dan dijadualkan siap dalam tempoh 33 bulan dari tarikh permulaan, menurut syarikat itu dalam satu pemfailan kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Kontrak itu dijangka menyediakan aliran pendapatan tambahan untuk kumpulan itu dalam tempoh tiga tahun akan datang,” menurut Kerjaya Prospek.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan