AM

Gempa Bumi Sederhana Di Mindanao, Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia - MetMalaysia

13/06/2026 12:23 PM

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 magnitud melanda wilayah Mindanao, Filipina pada 10.05 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km), kira-kira 101 km selatan dari Koronadal City, Filipina. 

“Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu. 

Kawasan selatan Filipina sebelum ini dilanda gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud pada Isnin lepas yang menjejaskan ratusan ribu penduduk di Mindanao, dengan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di sekitar Tawau dan Semporna di Sabah.

Setakat Khamis, Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) Filipina mengesahkan sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh, 31 masih hilang, manakala lebih 346,000 orang terjejas akibat bencana berkenaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan