KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Palestin akan terus memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Beliau berkata perkara itu dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar Palestin ke Malaysia Jehad Alqedra.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata perbincangan itu turut menyentuh keperluan untuk terus memperkukuh sokongan kepada pelajar Palestin, di samping meneroka peluang kerjasama antara universiti di kedua-dua negara.
“Malaysia sentiasa percaya bahawa pendidikan adalah jambatan harapan, keamanan dan masa depan.
“Atas semangat itu, kita akan terus memainkan peranan membantu rakyat Palestin membina semula kekuatan bangsa melalui ilmu dan pendidikan,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial