DUNIA

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Kebanyakan Mata Wang Serantau

12/06/2026 08:59 AM

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan kebanyakan mata wang serantau pada Jumaat berikutan ketegangan geopolitik di Asia Barat yang mereda, meningkatkan sentimen terhadap mata wang tempatan.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0505/0615 berbanding dolar AS daripada 4.0650/0690 semasa ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi bayangan bahawa perjanjian dengan Iran hampir dimuktamadkan, berpotensi membawa kepada pelaksanaan semula aktiviti perkapalan di Selat Hormuz.

“Sementara itu, harga minyak mentah seperti West Texas Intermediate (WTI) dan Brent, masing-masing menurun 1.97 peratus dan 2.92 peratus kepada US$85.98 setong dan US$90.38 setong.

“Indeks Dolar AS (DXY) turut menurun 0.28 peratus kepada 99.672 mata. Selain itu, tuntutan awal faedah pengangguran di AS meningkat untuk minggu ketiga berturut-turut kepada 229,000 minggu lepas,” katanya kepada Bernama.

Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama. 

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5293/5364 daripada 2.5321/5347, bagaimanapun merosot berbanding pound kepada 5.4337/4485 daripada 5.4325/4378 dan menyusut berbanding euro kepada 4.6889/7016 daripada 4.6878/6924 pada Khamis.

Mata wang tempatan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang serantau.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1541/1632 daripada 3.1556/1589, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 225.1/225.8 daripada 225.9/226.2 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 6.60/6.62 daripada 6.62/6.63 sebelum ini.

Bagaimanapun, mata wang tempatan menurun berbanding baht Thailand kepada 12.3623/4023 daripada 12.3331/3501 pada Khamis.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan