DUNIA

Iran Tegas Sedia Bantu Lubnan Hadapi "Pencerobohan Haram" Israel

01/06/2026 08:05 PM

ISTANBUL, 1 Jun (Bernama-Anadolu) -- Iran memberi amaran pada Isnin bahawa negara itu tidak akan teragak-agak membantu Lubnan menangkis “pencerobohan haram” Israel terhadap negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan.

“Kami telah menegaskan dan terus menegaskan bahawa gencatan senjata di Lubnan merupakan sebahagian penting daripada sebarang gencatan senjata dan sebarang perjanjian muktamad” untuk menamatkan perang dengan Amerika Syarikat (AS), kata jurucakap Kementerian Luar Iran Esmaeil Baqaei dalam sidang media yang dipetik agensi berita rasmi IRNA.

Ketegangan di Asia Barat memuncak sejak AS dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada Februari. Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan terhadap Israel dan sekutu AS di Teluk, selain menutup Selat Hormuz.

Gencatan senjata mula berkuat kuasa pada 8 April menerusi pengantaraan Pakistan, namun rundingan susulan di Islamabad gagal menghasilkan perjanjian berkekalan. Sejak itu, kedua-dua pihak terus bertukar cadangan dan cadangan balas dalam usaha menyambung semula rundingan langsung serta menamatkan konflik.

-- BERNAMA-ANADOLU


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan