JENAYAH & MAHKAMAH

Remaja Ditemukan Lemas Di Pantai Bagan Lalang

31/05/2026 09:01 PM

PUTRAJAYA, 31 Mei (Bernama) -- Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di Pantai Bagan Lalang di Tanjong Sepat, Sepang selepas dipercayai hilang ketika mandi bersama dengan rakan-rakannya, petang tadi.

Penguasa Kanan Bomba II Mohamad Issmanto Md Pono berkata mayat Mohd Akhil Zamani Sanusi, 17, dijumpai pada jarak kira-kira 300 meter dari pantai, iaitu 10 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

"Mangsa dipercayai telah lemas ketika mandi di tepi pantai bersama-sama rakannya pada kira-kira 3.10 petang.

"Mangsa telah berjaya dijumpai pada 6.50 petang oleh unit Pasukan Penyelamat Di Air menggunakan kaedah penyelaman," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Issmanto berkata petugas Kementerian Kesihatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan