AM

Amaran Ribut Petir Di Lima Negeri, WP Labuan Hingga 1 Pagi

29/05/2026 11:51 PM

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda lima negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan hingga pukul 1 pagi, Sabtu.

MetMalaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan di Terengganu, kawasan yang terlibat ialah Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang meliputi Lipis, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan serta Rompin.

Cuaca buruk itu turut dijangka melanda Segamat, Johor.

Di Sarawak, kawasan diramalkan terjejas ialah Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis, Beluru, Miri serta Marudi).

Sementara itu, di Sabah, ribut petir dijangka berlaku di kawasan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar), Tawau serta Sandakan (Tongod).

Orang ramai, khususnya penduduk di kawasan terlibat boleh mengikuti perkembangan cuaca semasa dengan merujuk laman sesawang rasmi www.met.gov.my, media sosial rasmi MetMalaysia dan aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini serta sahih.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan