KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan di barat Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan utara Sarawak susulan penumpuan angin baratan kencang yang dijangka berlaku dari 30 Mei hingga 1 Jun ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan itu berpotensi menyebabkan angin kencang dan laut bergelora selain pembentukan garis badai yang dijangka membawa cuaca lebih lembap serta berangin kencang di kawasan perairan terlibat.
“Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi Laut China Selatan serta perairan Selat Melaka Utara berkuat kuasa hingga 1 Jun ini,” menurut kenyataan itu.
Orang ramai, khususnya penduduk di kawasan terlibat, dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca semasa dengan merujuk laman sesawang rasmi www.met.gov.my, media sosial rasmi MetMalaysia dan aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini serta sahih.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial