MOSCOW, 26 Mei (Bernama-Xinhua) -- Presiden Rusia Vladimir Putin menandatangani undang-undang yang membenarkan penggunaan tentera Rusia bagi melindungi rakyatnya yang disabitkan kesalahan atau ditahan oleh mahkamah asing atau tribunal antarabangsa, menurut dokumen yang diterbitkan di portal akta perundangan pada Isnin, lapor Xinhua.
Dokumen itu menyatakan bahawa angkatan tentera Rusia boleh, dalam bidang kuasa mereka dilibatkan bagi melindungi rakyat Rusia yang ditangkap, ditahan atau didakwa berdasarkan keputusan mahkamah asing yang bertindak bagi pihak negara lain tanpa penyertaan Rusia, serta bidang kuasanya tidak berasaskan perjanjian antarabangsa yang melibatkan Rusia atau resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Undang-undang itu dijangka dikuat kuasa 10 hari selepas penerbitan rasminya.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial