DUNIA

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

25/05/2026 08:45 AM

ISTANBUL, 25 Mei (Bernama-Anadolu) -- Menteri-menteri luar Türkiye, Mesir, Indonesia, Jordan, Pakistan, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad mengecam tindakan Menteri Israel Itamar Ben-Gvir terhadap peserta flotila yang ditahan Israel, dan disifatkan sebagai “mengerikan, menghina dan tidak boleh diterima”.

Dalam satu kenyataan bersama, menteri-menteri itu berkata tindakan Ben-Gvir mengaibkan tahanan secara terbuka merupakan “serangan memalukan terhadap maruah manusia” dan “pelanggaran jelas” terhadap kewajipan Israel di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, lapor Anadolu Ajansi.

Mereka turut mengecam perbuatan hasutan dan keganasan yang disifatkan sebagai tidak sah oleh Ben-Gvir serta pegawai Israel lain terhadap rakyat Palestin di wilayah Palestin yang diduduki.

Menteri-menteri itu memberi amaran bahawa tindakan provokasi sedemikian “menyemarakkan kebencian dan ekstremisme” serta menjejaskan usaha mencapai keamanan yang adil dan berkekalan berdasarkan penyelesaian dua negara.

Kenyataan itu menggesa pertanggungjawaban terhadap tindakan Ben-Gvir dan meminta langkah konkrit diambil bagi menamatkan provokasi serta pelanggaran berulang.

Kenyataan itu turut menekankan keperluan melindungi hak asasi manusia, memastikan maruah dan layanan berperikemanusiaan terhadap semua tahanan, serta menegakkan undang-undang antarabangsa di wilayah Palestin yang diduduki.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan