AM

Program Ilham Seni Diraja Beri Pendedahan Teater Antarabangsa Kepada 200 Murid

23/05/2026 12:34 AM

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Sebanyak 200 murid di bawah Program Ilham Seni Diraja bersama guru pengiring berpeluang menghadiri pementasan teater antarabangsa "Roald Dahl’s The BFG" di Singapura, baru-baru ini.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, kunjungan melibatkan murid terpilih itu diadakan hasil pelawaan eksklusif Pengarah Artistik Singapore Repertory Theatre, Gaurav Kripalani kepada Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.

Pementasan berkenaan menampilkan barisan pelakon daripada Royal Shakespeare Company, United Kingdom, dengan Singapura menjadi satu-satunya lokasi di luar United Kingdom yang dipilih oleh syarikat teater tersohor itu.

"Program berimpak tinggi ini diselaras oleh Datuk Paduka Maharaja Lela merangkap Koordinator Ilham Seni Diraja, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini," menurut hantaran itu.

Inisiatif itu bertujuan memperkasakan apresiasi seni dan budaya, sekali gus memberikan pendedahan persembahan antarabangsa dalam membentuk pemikiran kreatif generasi muda.

Program Ilham Seni Diraja merupakan program perintis hasil cetusan idea Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah yang memberi tumpuan kepada golongan B40 di sekitar Kuala Lumpur dengan mendekatkan mereka kepada penggiat serta artis ternama.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan