DUNIA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Tinggi

22/05/2026 10:17 PM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat, disokong oleh harga minyak kacang soya yang lebih kukuh, kata seorang peniaga. 

Peniaga Proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata peningkatan harga minyak kacang soya menyokong harga minyak sawit mentah. 

Beliau berkata harga juga disokong oleh jangkaan pengeluaran yang lebih lemah.

“Kami melihat harga disokong melebihi RM4,400 dan rintangan pada RM4,580,” kata Ng kepada Bernama.

Pada penutup, kontrak Jun 2026 meningkat RM27 kepada RM4,430 setan, kontrak Julai 2026 menambah RM30 kepada RM4,463 setan dan Ogos 2026 naik RM28 kepada RM4,486 setan. 

Kontrak September 2026 meningkat RM22 kepada RM4,502 setan, kontrak Oktober 2026 naik RM18 kepada RM4,525 setan, dan kontrak November 2026 mengukuh RM15 kepada RM4,552 setan.

Jumlah dagangan menyusut kepada 76,909 lot daripada 164,363 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 280,499 kontrak daripada 283,022 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Mei Selatan meningkat RM30 kepada RM4,500 setan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan