JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita Warga Emas Rentung, Rumah Terbakar Di Sandakan

19/05/2026 09:45 AM

SANDAKAN, 19 Mei (Bernama) -- Seorang wanita warga emas ditemukan rentung selepas rumah dua tingkat yang didiaminya, terbakar di Jalan Fook Hin, Batu 12, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Jimmy Lagung berkata mangsa dikenali sebagai Nicola, 84, itu ditemukan pasukan bomba di ruang tamu rumah pada 10.44 malam.

“Mangsa dipercayai terperangkap ketika kebakaran berlaku dan mayat mangsa dikeluarkan oleh pasukan bomba.

“Bomba menerima panggilan mengenai kebakaran di rumah itu pada 8.38 malam dan 13 anggota Bomba kemudian bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jimmy berkata anggota bomba menggunakan sumber air daripada tangki jentera bagi memadam kebakaran dan api dapat dikawal daripada merebak pada 9.35 malam.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan