AM

PM Luang Masa Santuni Komuniti Cina Di Chemor

16/05/2026 06:10 PM

IPOH, 16 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menyantuni masyarakat setempat khususnya komuniti Cina di sebuah restoran di Chemor di sini.

Ketibaan Anwar, yang juga Ahli Parlimen Tambun, pada kira-kira 4 petang disambut mesra oleh penduduk sebelum beliau melawat beberapa premis perniagaan berdekatan untuk beramah mesra dengan warga setempat.

Perdana Menteri kemudian meluangkan masa kira-kira 45 minit untuk minum petang dan berbual ringkas bersama dengan kira-kira 200 individu yang hadir bagi berkongsi pandangan mengenai pelbagai perkara.

Pada sesi itu, Anwar turut menandatangani kain rentang dan plak milik Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Poi Lam sebagai tanda penghargaan atas kejayaan pasukan wusyu sekolah berkenaan dalam pertandingan antarabangsa di China, baru-baru ini.

Hadir sama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Timbalannya, Wong Kah Woh.

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Tambun Terrence Ng Swee Teck ketika ditemui pemberita berkata antara perkara yang dibangkitkan penduduk ketika berbual bersama dengan Perdana Menteri ialah isu semasa seperti penyasaran subsidi petrol dan krisis bekalan global.

Beliau berkata majlis santai itu turut dihadiri ketua kampung, wakil pertubuhan bukan kerajaan serta barisan pendidik dan guru besar dari sekolah berdekatan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan