KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- MN Holdings Bhd telah memperoleh projek bernilai RM83.5 juta untuk membina sebuah pencawang pendaratan pengguna 275 kilovolt (kV) bagi sebuah pusat data yang terletak di wilayah selatan Semenanjung Malaysia.
Dalam pemfailan Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata bahawa anak syarikat milik penuhnya, MN Utilities Engineering Sdn Bhd telah menerima surat penganugerahan bertarikh 12 Mei, 2026 daripada pelanggan yang tidak didedahkan butirannya, menyediakan infrastruktur untuk pengehosan, perkhidmatan pemprosesan data dan aktiviti berkaitan.
“Skop kerja merangkumi reka bentuk, pembinaan, pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian dan pentauliahan stesen pendaratan pengguna berkenaan,” katanya.
MN Holdings berkata kontrak itu bermula pada 11 Mei, 2026 dan tarikh dijangka siap adalah pada 31 Januari, 2027.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial