JENAYAH & MAHKAMAH

Bot Karam: Mayat Ke-11 Ditemukan, SAR Tumpu Tiga Lagi Mangsa

15/05/2026 12:40 PM

IPOH, 15 Mei (Bernama) -- Satu lagi mayat mangsa bot membawa migran warga Indonesia yang tenggelam di perairan Pulau Pangkor ditemukan pagi ini, menjadikan jumlah yang maut susulan insiden berkenaan berjumlah 11 orang, setakat ini.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak dalam kenyataan memaklumkan mayat lelaki itu ditemukan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 9.27 pagi tadi di kedudukan 5.6 batu nautika dari lokasi kejadian.

“Mayat berkenaan ditemui oleh aset TLDM (FCB 1001) dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh pada 10.20 pagi tadi,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari kelima diteruskan bermula 7 pagi tadi, dengan radius keluasan kawasan keseluruhan pencarian sekitar 215.14 batu nautika persegi dari lokasi kejadian. 

Operasi SAR turut melibatkan tujuh aset melibatkan Kapal Maritim (KM) Malawali (APMM), Benteng 1203 (APMM), KD Sri Indera Sakti (TLDM) FCB 1001 (TLDM), FCB 1030, PSC 16 (Pasukan Polis Marin (PPM)) dan PSC 24 (PPM) tertumpu bagi mencari tiga lagi mangsa yang masih hilang. 

Dalam kejadian 11 Mei lepas, sebuah bot dipercayai membawa 37 migran warga Indonesia dilaporkan tenggelam kira-kira 8.2 batu nautika dari Pulau Pangkor ketika dalam perjalanan menuju ke beberapa destinasi di Malaysia.

Setakat ini, seramai 23 mangsa berjaya diselamatkan. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan