DUNIA

Puluhan Maut Selepas Hujan, Ribut Landa Uttar Pradesh, India

14/05/2026 07:20 PM

HYDERABAD, 14 Mei (Bernama) -- Hujan lebat dan ribut mengorbankan puluhan nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak di negeri Uttar Pradesh, utara India.

Menurut laporan portal berita Hindustan Times pada malam Rabu, angka kematian di seluruh negeri meningkat kepada 56 orang.

Sebanyak 16 kematian dilaporkan di daerah Prayagraj, 16 lagi di Bhadohi, sembilan di Fatehpur dan lima di Budaun.

Angin kencang turut mengakibatkan pokok tumbang serta merosakkan kediaman dan talian elektrik.

Sementara itu, kebanyakan penerbangan ke Delhi dilencongkan ke lapangan terbang Jaipur, Chandigarh dan Lucknow berikutan hujan lebat di wilayah ibu negara India (NCR) pada malam Rabu, menurut laporan media tempatan.

Jabatan Meteorologi India meramalkan cuaca buruk di utara negara itu yang mungkin menjejaskan beberapa jadual penerbangan, menurut Delhi International Airport Limited dalam satu nasihat perjalanan pada petang Rabu.

“Cuaca buruk mungkin menjejaskan operasi penerbangan ke dan dari Delhi,” menurut Air India menerusi hantaran di X.

IndiGo pula memaklumkan operasi penerbangannya turut terjejas akibat cuaca buruk di Delhi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan