BERITA TERGEMPAR   Over RM15 billion in financing support provided to micro, small and medium enterprises this year - MoF | 
 JENAYAH & MAHKAMAH

JIM Kedah Hantar Pulang 99 Pendatang Tanpa Izin Ke Negara Asal

14/05/2026 11:41 AM

ALOR SETAR, 14 Mei (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah telah melaksanakan program pemindahan 99 pendatang tanpa izin pelbagai warganegara ke negara asal masing-masing, semalam.

JIM Kedah dalam satu kenyataan memaklumkan, proses pemindahan pulang itu dibuat melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1).

“Kesemua yang dihantar pulang itu terdiri daripada 64 lelaki dan 35 wanita yang melibatkan warganegara Myanmar, Indonesia, Bangladesh, China, Nepal, Vietnam, Pakistan dan India, yang sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Belantik di Sik.

“Mereka ini melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana memasuki negara tanpa pas atau permit yang sah, selain tinggal melebihi tempoh dibenarkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut JIM Kedah, kesemua tahanan itu telah selesai menjalani hukuman sebelum proses penghantaran pulang itu dilaksanakan.

“Kesemua tahanan yang dihantar pulang memiliki dokumen perjalanan yang sah, manakala sebahagian daripada mereka dibekalkan Dokumen Perjalanan Sementara dikeluarkan kedutaan negara masing-masing bagi melancarkan proses penghantaran pulang.

“Mereka disenaraihitamkan dalam sistem jabatan dan dilarang memasuki semula Malaysia bagi apa jua tujuan dalam tempoh ditetapkan. Operasi pemindahan ini bagi memastikan tahanan yang selesai menjalani hukuman dihantar pulang segera bagi mengurangkan kebanjiran pendatang tanpa izin di negara ini,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan